MURID: 30 ORANG SAHAJA (RAWAK)

** Hanya 5 orang murid dari 6 matapelajaran teras sahaja (30 orang) yang perlu mengisi soal jawab ini.
(Bahasa Malaysia(Responden 1-5),
Bahasa Inggeris(Responden 6-10),
Matematik(Responden 11-15).
Pendidikan Islam/MoralMatematik(Responden 16-20),
SainsMatematik(Responden 21-25), dan
Sejarah/Kajian Tempatan(Responded 26-30). 

*Sekolah yang telah mengisi borang tersebut akan mengambil sedikit masa (~ 10 minit ) untuk dipaparkan.
* Guru mungkin perlu Reload/refresh semula laman ini setelah mengisi.
* Jika guru yakin sudah "Submit" borang tersebut dan tidak dipaparkan dibawah, MURID TIDAK PERLU MENGISI SEMULA KERANA AKAN BERLAKU PERTINDIHAN DATA...

Top Panel
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
YOU ARE HERE: Home Buletin Buletin PKG Cheras Rakaman Aktiviti PSS - Program Sambutan Hari Buku Sedunia
Rakaman Aktiviti PSS - Program Sambutan Hari Buku Sedunia PDF Cetak E-mail
Oleh Wan Mohd Zaidee Wan Zin   
Jumaat, 21 Mei 2010 04:23
20 Mei 2010 - Satu rakaman penuh aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah dijalankan di SK Lubuk Kelubi hari ini. Aktiviti PSS yang dijalankan adalah 'Pelancaran Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2010' dengan tema 'Sehari Bersama Buku'. Rakaman ini bertujuan untuk mewujudkan koleksi video aktiviti-aktiviti PSS yang akan dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada semua sekolah. Ianya juga diharap akan dijadikan sebagai pecetus idea kepada Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah-sekolah dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti PSS disekolah. Beberapa rakaman aktiviti lagi akan dibuat sepanjang tahun berdasarkan situasi dan aktiviti semasa.
Selain dari majlis pelancaran yang telah diadakan SK Lubuk Kelubi itu, beberapa aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menulis cerita yang bertajuk 'Aku Sebuah Buku', pertandingan mewarna ilustrasi kulit buku, pertandingan meneka jumlah buku, ceramah bertajuk 'Anatomi Buku', jualan buku-buku cerita, sumbangan buku, pameran buku-buku baru dan pameran buku rosak dan peralatan membaik pulih buku.
Majlis pelancaran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini telah melibatkan semua murid-murid dan dijalankan dalam suasana yang meriah. Ceramah 'Anatomi Buku' telah disampaikan oleh Pn. Nur Syariza Bt. Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kajang yang juga merupakan pakar rujuk PSS negeri Selangor.
Tahniah diucapkan kepada SK Lubuk Kelubi kerana telah berjaya mengadakan program tersebut secara besar-besaran. Adalah diharapkan agar usaha PKG Cheras menghasilkan koleksi video aktiviti PSS ini nanti akan berjaya dimanfaafkan oleh semua.
Dikemaskini Pada Jumaat, 21 Mei 2010 04:41
 

Add comment


Security code
Refresh


Bahasa

Menu Ahli

Login Ahli



Pelawat Ditalian

Kami ada 31 tetamu dalam talian