MURID: 30 ORANG SAHAJA (RAWAK)

** Hanya 5 orang murid dari 6 matapelajaran teras sahaja (30 orang) yang perlu mengisi soal jawab ini.
(Bahasa Malaysia(Responden 1-5),
Bahasa Inggeris(Responden 6-10),
Matematik(Responden 11-15).
Pendidikan Islam/MoralMatematik(Responden 16-20),
SainsMatematik(Responden 21-25), dan
Sejarah/Kajian Tempatan(Responded 26-30). 

*Sekolah yang telah mengisi borang tersebut akan mengambil sedikit masa (~ 10 minit ) untuk dipaparkan.
* Guru mungkin perlu Reload/refresh semula laman ini setelah mengisi.
* Jika guru yakin sudah "Submit" borang tersebut dan tidak dipaparkan dibawah, MURID TIDAK PERLU MENGISI SEMULA KERANA AKAN BERLAKU PERTINDIHAN DATA...

Top Panel
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
YOU ARE HERE: Home Berita Maklumat / Info PENARAFAN iQ-PSS DAN PENGURUSAN DATA i-NILAM SEKOLAH NEGERI SELANGOR SECARA ATAS TALIAN
PENARAFAN iQ-PSS DAN PENGURUSAN DATA i-NILAM SEKOLAH NEGERI SELANGOR SECARA ATAS TALIAN PDF Cetak E-mail
Oleh Wan Mohd Zaidee Wan Zin   
Khamis, 14 Jun 2012 06:47

 

 
PENARAFAN iQ-PSS DAN PENGURUSAN DATA i-NILAM SEKOLAH NEGERI SELANGOR SECARA ATAS TALIAN
 
Program NILAM merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Program ini wajib dilaksanakan di semua sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.
 
IQ-PSS dan i-NILAM merupakan kerangka kerja untuk mengukur indeks kualiti pencapaian NILAM bagi melahirkan insan intelek melalui perkongsian informasi menggunakan integrasi sistem secara atas talian dan bersepadu. Sistem i-NILAM dan IQ-PSS ini bertujuan melancar dan mempermudahkan aliran kerja dan proses penilaian dan pemantauan program NILAM yang dilaksanakan di peringkat sekolah seluruh negara oleh BTP, BTPN dan PKG.
 
Oleh yang demikian, sekolah-sekolah diwajibkan mengisi dan membuat penarafan IQ-PSS dan pengurusan data program NILAM (i-NILAM( 2012 secara atas talian. Pihak sekolah melalui Guru Perpustakaan dan Media boleh mengakses melalui laman http://btp.tarantula.my. Data i-NILAM dan perlu lengkap diisi sebelum atau pada 20 Jun 2012.
 
Segala kerjasama, perhatian dan sokongan yang diberikan demi mempastikan kecemerlangan merealisasikan galakan tabiat membaca di kalangan pelajar didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
(ABDULLAH BIN MAD YUNUS)
Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

 

 

Add comment


Security code
Refresh


Bahasa

Menu Ahli

Login Ahli



Pelawat Ditalian

Kami ada 33 tetamu dalam talian